Mekanik Dipenjara 14 Hari Curi Coklat - Berita Mahkamah | mStar

Mekanik Dipenjara 14 Hari Curi Coklat

Diterbitkan: Isnin, 15 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gara-gara mencuri lapan keping coklat bernilai RM63.20 di sebuah pasar raya minggu lepas, seorang mekanik dipenjara 14 hari selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Majistret Zuraini Abdul Razak memerintahkan Mohd Faizal Abd Rahman, 30, menjalani hukuman itu dari tarikh tangkap, iaitu Khamis lepas.

Dia didakwa mencuri lapan keping coklat Cadbury berharga RM7.90 sekeping, di KK Supermart & Superstore Sdn Bhd di Jalan Alor di sini pada 10 malam, 10 Julai lepas dan didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, seorang penyelia melihat tertuduh masuk ke pasar raya itu dalam keadaan mencurigakan dan keluar tanpa membuat apa-apa bayaran.

Hasil pemeriksaan kamera litar tertutup, mendapati Mohd Faizal mengambil coklat berkenaan.

Pada keesokan harinya, tertuduh datang lagi ke pasar raya itu pukul 10 malam untuk membeli coklat Kit Kat, semasa mahu membuat pembayaran, penyelia mengecam tertuduh dan menahannya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Ahmad manakala Mohd Faizal tidak diwakili peguam. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan