30 Individu Dikaitkan Tindakan Keganasan Dibicara 17-27 September

Diterbitkan: Isnin, 15 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin menetapkan 17-27 September bagi perbicaraan 30 individu - 27 warga Filipina dan tiga rakyat Malaysia - yang didakwa dengan pelbagai kesalahan berkaitan aktiviti keganasan di Sabah.

Mengambil kira jumlah yang dituduh yang akan dibicarakan bersama, Hakim P. Ravinthran menetapkan Pusat Pasukan Gerakan Am di Kinarut, sebagai tempat perbicaraan.

Beliau juga berkata tempoh perbicaraan memadai memandangkan pendakwaan akan memanggil sekurang-kurangnya 50 saksi.

Daripada tiga rakyat Malaysia itu, seorang wanita menghadapi hukuman penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan, kerana didakwa memberi perlindungan kepada sekumpulan pengganas.

Dua lelaki tempatan itu pula didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas dan menderhaka terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Kesalahan yang didakwa dilakukan oleh warga Filipina itu pula termasuk melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong yang boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup, dan kerana menjadi anggota kumpulan pengganas.

Sementara itu Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memberitahu mahkamah bahawa warga Filipina berkenaan menghantar surat kepada Hakim Besar Sabah dan Sarawak supaya membatalkan pelantikan peguam oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Beliau berkata warga Filipina itu meminta peguam mereka dilantik oleh kerajaan Filipina.

Ravinthran berkata beliau akan membuat keputusan selepas membaca surat itu.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan