Penggangur Didakwa Miliki Kereta Curi - Berita Mahkamah | mStar

Penggangur Didakwa Miliki Kereta Curi

Diterbitkan: Jumaat, 12 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, Jumaat atas tuduhan memiliki kereta curi enam hari lepas.

Shatis Kumar Mahalingam, 20, bersama-sama dua lagi yang masih bebas didakwa memiliki harta yang dirompak iaitu sebuah kereta Toyota Camry milik seorang pengurus jualan wanita, Lim May Liang, 38.

Dia yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Kenanga, Kampung Sg Kayu Ara, Damansara pada 8.10 pagi, 6 Julai lepas mengikut Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh, bagaimanapun Shatis Kumar memohon mahkamah mengurangkan jumlah itu kerana keluarganya hanya mampu membayar RM3,000.

Hakim Abu Bakar Manat membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Ogos untuk sebutan. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan