Miliki Kanabis: Penggangur Dihukum Penjara 15 Tahun, 20 Sebatan

Diterbitkan: Jumaat, 12 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang penganggur dihukum penjara 15 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki 2,194.42 gram dadah jenis Kanabis di rumahnya pada Oktober tahun lepas.

Samsul Kamal Mohamed Dain, 45, mengaku melakukan kedua-dua kesalahan di sebuah rumah di Jalan Bukit Kuda, Klang pada kira-kira 4.30 petang 5 Oktober 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup atau minimum lima tahun dan sekurang-kurangnya 10 kali sebatan.

Sebelum ini, dia berdepan pertuduhan mengedar dadah mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Zainal Azwar Kamaruddin hari ini meminda kedua-dua pertuduhan kepada memiliki dan Kamal mengaku bersalah.

Hakim Datuk Nurchaya Arshad menjatuhi hukuman penjara 15 tahun serta 10 sebatan terhadap Kamal bagi kesalahan pertama dan penjara lima tahun serta 10 sebatan bagi kesalahan kedua.

Bagaimanapun, beliau memerintahkan tertuduh menjalani kedua-dua hukuman secara serentak berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap.

Terdahulu, peguam Khairul Anuar Kashim memohon mahkamah menjatuhi hukuman ringan atas alasan anak guamnya telah insaf dan berazam tidak mengulangi kesalahan sama pada masa akan datang.

Zainal Azwar pula berkata mahkamah perlu menjatuhi hukuman setimpal dan berbentuk pengajaran sebagai peringatan kepada masyarakat agar tidak mengikut jejak langkah tertuduh.

Beliau berkata mahkamah perlu mempertimbang kepentingan awam dalam menjatuhkan hukuman kerana perbuatan tertuduh tidak boleh dimaafkan, dan jika dibiar berleluasa, akan memberi kesan yang amat buruk kepada masyarakat. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan