Dua Beradik Didakwa Rompak Lelaki Babit Kerugian RM200,000 - Berita Mahkamah | mStar

Dua Beradik Didakwa Rompak Lelaki Babit Kerugian RM200,000

Diterbitkan: Jumaat, 12 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua beradik bersama seorang rakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, Jumaat atas tuduhan merompak secara berkumpulan seorang lelaki membabitkan kerugian RM200,000 April lepas.

N. Pubalan, 27, dan adiknya N. Rajendran, 24, kedua-duanya pengusaha kedai cuci kereta, serta S. Kesuraj, 29, juruukur jalan, bersama tiga lagi yang masih bebas didakwa dengan niat bersama merompak enam telefon bimbit, satu komputer riba, 45 kilogram barangan kemas dan wang tunai RM10,000 yang kesemuanya berjumlah RM200,000 milik V.K.V. Anand, 41.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di No.57, Jalan Pasir Merah, Taman Desa Pasir, Brickfields, di sini pada 12.40 tengah malam 10 April lepas dan didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Aizam Aiza Zamran menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh, namun peguam M. Mathavan memohon jaminan itu dikurangkan kerana semua tertuduh perlu menanggung keluarga masing-masing.

Hakim Azwarnida Affandi membenarkan masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan, tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran pada minggu pertama setiap bulan dan dilarang mengganggu mangsa.

Mahkamah menetapkan 22 Ogos untuk sebutan kes. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan