Tiga Dipenjara 21 Tahun Atas Kesalahan Sebabkan Kematian Seorang Lelaki

Diterbitkan: Rabu, 10 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tiga lelaki masing-masing dihukum penjara 21 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini Rabu selepas mengaku salah atas pertuduhan pindaan menyebabkan kematian seorang lelaki dalam satu urusan penjualan dadah di sebuah restoran, tiga tahun lepas.

Penyelenggara bangunan, S.Baskaran, 38; pemandu lori, S. Ashok Thevar, 30; dan jurujual kereta, K. Uthaya Kumar, 29 didakwa menyebabkan kematian Wan Zakaria Hamat, 39, dengan menggunakan parang di Restoran Lotus, No 1, Jalan Dato Dollah Off Persiaran Raja Muda Musa, Klang, Selangor kira-kira pukul 12.30 tengah malam pada 27 Disember 2010.

Mereka didakwa mengikut pertuduhan pindaan iaitu Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun.

Sebelum ini, mereka didakwa mengikut Seksyen 302 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Hakim Datuk Nurchaya Arshad memerintahkan mereka menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 30 Disember 2010.

Terdahulu, peguam bela kesemua tertuduh, V. Ayasamy memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara ringan terhadap kesemua anak guamnya sebab mengaku bersalah dan mereka kesal akan perbuatan mereka.

Beliau juga memohon mahkamah agar Baskaran dan Ashok Tevar menjalani hukuman di penjara Sungai Buloh, manakala Uthaya Kumar di penjara Tapah, Perak atas alasan mereka mudah berjumpa dengan keluarga masing-masing.

Timbalan Pendakwa Raya Fazillah Begum Abdul Ghani bagaimanapun membantah perkara itu dan berkata ketiga-tiga tertuduh bertindak kejam menyerang mangsa yang mengalami lebih 20 kesan kecederaan pada keseluruhan badan.

Berdasarkan fakta kes, seorang lelaki telah diumpan oleh ketiga-tiga tertuduh untuk membeli dadah syabu dengan harga RM1,000 daripada mangsa.

Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa menyedari kehadiran semua tertuduh, lalu melarikan diri sebelum dilanggar sebuah bas.

Mangsa kemudian sempat melarikan diri ke restoran Lotus, namun mati setelah ditetak oleh tertuduh menggunakan parang. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan