Pekerja Lombong Dituduh Bunuh Penyelia

Diterbitkan: Rabu, 10 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Seorang pekerja sebuah lombong bijih besi di Pasir Mas pada Selasa didakwa di Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan membunuh seorang penyelia lombong itu pada September tahun lepas.

Tertuduh, Mohd Zaidi Abdul Hamid, 37, yang tidak diwakili peguam hanya mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan dan Azman kemudiannya menetapkan 23 Julai ini untuk sebutan semula kes berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Mohd Zaidi didakwa membunuh Mohd Yusof Zakaria, 41, di hadapan kantin lombong bijih besi Indah Bumi Perfect Mining, Lubuk Stol, Pasir Mas, antara pukul 8 pagi hingga 10 pagi, 8 September tahun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan