Dihalang Masuk Ke Sarawak, Clare Brown Gambarkan Terdapat Percubaan Berlaku Tidak Adil

Diterbitkan: Rabu, 10 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Pengasas Sarawak Report Clare Rewcastle Brown menggambarkan seolah-olah terdapat percubaan untuk berlaku tidak adil apabila beliau dihalang memberi keterangan dalam saman fitnah yang digambarkan sebagai dirancang.

"Pendirian saya adalah saya tidak menerima perintah arahan 'di luar bidang kuasa' yang sewajarnya diberikan untuk kes di Sarawak, terutamanya apabila ia dilakukan di negeri yang saya tidak dibenarkan masuk," kata Brown, yang telah dinafikan masuk ke Sarawak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Rabu lalu.

"Saya tidak fikir ia adalah adil untuk meneruskan perbicaraan kes dan menang apabila saya tidak hadir kerana kegagalan saya untuk membela diri dan kemudian cuba dan menguatkuasakan penghakiman di UK," kata Brown, adik ipar bekas Perdana Menteri Britain Gordon Brown.

Beliau telah menjadi kritikan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan telah menerbitkan banyak laporan rasuah di bawah pentadbiran beliau.

Brown, kelahiran Sarawak sedang menghadapi saman sivil berhubung artikel yang diterbitkan pada 1 Mei bertajuk "Dirty Dayak Datuks - BN's Crony Candidates".

Mengambil tindakan undang-undang terhadap Brown adalah Ahli Parlimen Kapit Datuk Alexander Nanta Linggi, Tan Sri Datuk Amar Leonard Linggi Jugah, Greame Iaan Brown, Asian Plantations (Sarawak) Sdn Bhd, Keresa Plantations Sdn Bhd dan Rajang Wood Sdn Bhd.

Kerajaan negeri melarang Brown memasuki Sarawak untuk membela dirinya di mahkamah telah menarik perhatian media global.

Bagi media antarabangsa, Brown menggambarkan plaintif sebagai ahli perbadanan transnasional, yang mempunyai bursa saham British dan Eropah.

Saman itu difailkan sehari selepas artikel itu dikeluarkan di Sarawak Report.

Perbicaraan diteruskan di Sarawak.

Pada Isnin, walaupun defendan tidak hadir di mahkamah, beliau telah diwakili oleh Adun Batu Lintang, See Chee How (PKR).

Setakat ini, satu salinan injunksi terhadap Brown telah dibatalkan manakala satu tarikh pada bulan Ogos telah ditetapkan untuk mendengar permohonan Brown untuk membatalkan saman keseluruhan.

Plaintif telah memohon dua injunksi terhadap artikel yang didakwa berunsur fitnah.

Dalam temuramah melalui e-mel dengan 'The Star', Brown berkata, plaintif juga telah mendapatkan peguam di UK.

"Ini menguatkan fakta bahawa mereka mengakui bahawa (mahkamah UK) adalah bidang kuasa yang sesuai," katanya yang telah kembali ke London.

"Peguam saya telah memberitahu saya terdapat pendengaran pada bulan Ogos untuk mempertimbangkan permohonan kami untuk keseluruhan kes itu dibatalkan di Sarawak dan membatalkan perintah 'di luar bidang kuasa' yang dikeluarkan."

Brown baru-baru ini memenangi anugerah International Press Institute di atas kerja-kerja beliau di Radio Free Sarawak.

Apabila ditahan di lapangan terbang Kuching minggu lalu, sebelum dihantar pulang, Brown membuat video di YouTube menuduh individu yang bersubahat dengan pertubuhan politik menyalahgunakan kuasa mereka untuk menutup mulut pengkritik.

Tokoh terkemuka lain yang dihalang memasuki Sarawak termasuk aktivis Maria Chin Abdullah, Datuk Ambiga Sreenevasan, Wong Chin Huat, Ong Boon Kiong dan Kua Kia Soong.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan