Sebab Kematian Syafiah Humaira: Hukuman Mati Pemandu Teksi Diganti Penjara 18 Tahun

Diterbitkan: Selasa, 9 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pemandu teksi Mohd Fazli Azri Jamil, yang didapati bersalah membunuh anak perempuan teman wanitanya tiga tahun lepas, terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan meminda pertuduhan terhadapnya kepada menyebabkan kematian kanak-kanak itu.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Malik Ishak, dalam keputusan sebulat suara menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap Mohd Fazli, 31, kerana menyebabkan kematian Syafiah Humaira Sahari, 3.

Abdul Malik memutuskan sabitan Mohd Fazli bagi kesalahan membunuh tidak selamat kerana masih terdapat keraguan siapa yang menyebabkan kecederaan pada bahagian kepada kanak-kanak malang itu.

Beliau berkata, laporan bedah siasat menunjukkan Syafiah Humaira mengalami kecederaan di kepala dan bahagian perut.

"Kami sudah mempertimbang keteragan saksi pendakwaan dan mendapati kecederaan di bahagian perut kanak-kanak itu adalah jelas akibat perbuatan Mohd Fazli yang menendang serta memijak mangsa dengan but bola sepaknya," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata tidak ada bukti yang menunjukkan kecederaan mangsa di bahagian kepala adalah disebabkan oleh Mohd Fazli.

Abdul Malik juga berkata, hakim Mahkamah Tinggi gagal mempertimbang isu berkenaan.

Sehubungan itu, panel berkenaan membenarkan rayuan Mohd Fazli untuk mengetepikan hukuman bagi sabitan atas kesalahan membunuh dan menggantikannya dengan pertuduhan menyebabkan kematian mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

Panel itu, yang turut dianggotai Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Mohd Zawawi Salleh, memerintahkan Mohd Fazli menjalani hukuman penjara berkenaan dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 26 Februari 2010.

Mohd Fazli dilihat mengesat air matanya apabila Abdul Malik mengumumkan keputusan mahkamah.

Terdahulu, peguam Gurbachan Singh berkata Mohd Fazli menyesali perbuatannya dan amat sedih kanak-kanak malang itu meninggal dunia.

"Perkara itu akan menghantui tertuduh untuk selama-lamanya," katanya ketika meminta mahkamah meringankan hukuman penjara terhadap Mohd Fazli.

Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin pula meminta mahkamah mengenakan hukuman penjara maksimum 30 tahun kerana perbuatan tertuduh menendang serta memijak seorang kanak-kanak merupakan satu jenayah kejam.

Pada 22 September 2010, Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Mohd Fazli bersalah membunuh Syafiah Humaira dan menjatuhkan hukuman mati terhadapnya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di padang bola sepak di Jalan Utama, Kawasan Rumah Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali pada 25 Februari 2010. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan