Kes Herald: Gereja Katolik Kemuka Permohonan Batal Rayuan Kerajaan - Berita Mahkamah | mStar

Kes Herald: Gereja Katolik Kemuka Permohonan Batal Rayuan Kerajaan

Diterbitkan: Selasa, 9 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur memfailkan permohonan bagi membatalkan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' oleh majalah mingguan Katolik the Herald.

Peguam S.Selvarajah berkata, notis usul itu difail di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan pada Isnin.

Beliau memaklumkan pemberita bahawa Mahkamah Rayuan belum menetapkan tarikh untuk mendengar permohonan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, rayuan kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) disebut untuk pengurusan kes pada Selasa di depan Timbalan Pendaftar Saiful Bahari Adzmi.

Kerajaan dan kementerian itu mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bertarikh 31 Disember 2009, yang membenarkan semakan kehakiman Gereja Roman Katolik berkenaan bagi menarik balik larangan KDN berhubung penggunaan kalimah 'Allah' dalam Herald untuk merujuk kepada Tuhan Kristian.

Saiful Bahari menetapkan 10 September ini untuk pengurusan kes bagi membolehkan kerajaan memfailkan afidavit balasan dan pencelah memperbetul rekod rayuan serta rekod tambahan rayuan.

Kerajaan diwakili Peguam Kanan Persekutuan Andi Razalijaya A. Dadi dan Munahyza Mustafa manakala Majlis Agama Islam Negeri Terengganu, Selangor, Kedah, Johor, Wilayah Persekutuan dan Melaka, yang menjadi pencelah pada prosiding itu, oleh peguam Abdul Rahim Sinwan.

Pada 16 Februari 2009, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan gereja serta menamakan KDN dan kerajaan sebagai responden.

Gereja itu menuntut, antara lain, satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan berkenaan adalah tidak sah, dan kalimah 'Allah' bukanlah eksklusif kepada agama Islam.

Majalah mingguan itu, yang dicetak dalam empat bahasa, menggunakan kalimah 'Allah' sebagai terjemahan untuk 'God' bagi seksyen bahasa Malaysia namun kerajaan berhujah bahawa kalimah 'Allah' hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam sahaja. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan