Kes Bunuh Tahanan Lokap Disebut Semula 2 Ogos Ini

Diterbitkan: Selasa, 9 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret pada Selasa menetapkan 2 Ogos depan untuk sebutan semula kes tiga anggota polis yang didakwa atas pertuduhan membunuh seorang tahanan lokap N. Dharmenderan pada 21 Mei lepas.

Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor menetapkan tarikh itu bagi membolehkan pihak pendakwaan mendapatkan laporan bedah siasat.

Pada 5 Jun lepas, Sarjan Jaffri Jaafar, 44, Koperal Mohd Nahar Abd Rahman, 45, dan Koperal Mohd Haswadi Zamri Shaari, 32, bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa membunuh Dharmenderan, 32, di pejabat siasatan cawangan khas D9, Tingkat 7, Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah di sini antara 12.20 tengah hari dan 2.50 petang.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya S. Nithia memaklumkan kepada mahkamah laporan kimia dan laporan asid deoksiribonukleik (DNA), masing-masing telah diperoleh pada 27 Jun dan 3 Julai.

"Laporan kimia itu diserahkan kepada patologi pada 3 Julai dan pihak pendakwaan memerlukan masa sebulan bagi mendapatkan laporan bedah siasat," katanya.

Bagaimanapun peguam Datuk Hazman Ahmad, yang mewakili Jaffri memohon kes itu dipercepatkan kepada dua minggu kerana ia melibatkan penjawat awam dan pihak pendakwaan perlu memberi penekanan dan keutamaan kerana kes berkenaan berprofil tinggi.

Peguam Datuk Baljit Singh mewakili Mohd Nahar dan peguam Ariff Azami Hussein yang bertindak bagi Mohd Haswadi, turut memohon tarikh terdekat atas alasan yang sama. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan