Dadah: Penjual Kereta Terpakai Terlepas Tali Gantung - Berita Mahkamah | mStar

Dadah: Penjual Kereta Terpakai Terlepas Tali Gantung

Diterbitkan: Selasa, 9 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang penjual kereta terpakai terlepas daripada hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa melepas dan membebaskannya daripada tiga pertuduhan mengedar dadah dua tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab membuat keputusan itu terhadap Abdul Razak Samah, 37, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah.

Abdul Razak menghadapi tiga pertuduhan mengedar 29,083 gram kanabis, 6,702.8 gram dadah (6,681.5 gram heroin dan 21.3 gram monoacetylmorphine) dan 150.6 gram Methamphetamine di dalam kereta jenis Mercedes Benz bernombor pendaftaran WCJ9888 di depan rumah beralamat No.81, Lorong Berlian 6, Taman Berlian, Kulim antara 9.30 pagi dan 11.30 pagi pada 5 Ogos 2011.

Bagi setiap pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

"Saya mendapati keterangan pembelaan tentang bagaimana kunci kereta dijumpai, boleh diterima dan dipercayai. Pembelaan mengatakan kunci kereta tidak dijumpai atas meja (di dalam rumah) tetapi di dalam kereta.

"Menurut keterangan pembelaan kereta tertuduh telah dipinjam seseorang bernama Fauzi kerana keretanya rosak," kata Mohd Zaki.

Mohd Zaki berkata terdapat juga keraguan tentang bagaimana dan bila dadah berkenaan dijumpai.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurshuhada Mohd Yatim manakala tertuduh diwakili peguam RSN Rayer. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan