Pesuruhjaya Kehakiman Berang Peguam Tidak Hadir Mahkamah

Diterbitkan: Isnin, 8 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Alor Setar Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab berang dengan seorang peguam bela yang tidak hadir untuk mendengar keputusan di akhir pembelaan kes pembunuhan yang ditetapkan pada Isnin.

Mohd Zaki berkata alasan peguam T. Jayaraj yang beliau perlu berada di Putrajaya hari ini dan memohon keputusan kes itu tidak dibaca, tidak boleh diterima.

Katanya beliau mendapat tahu akan permohonan Jayaraj melalui surat yang dihantar semalam sedangkan tarikh keputusan telah ditetapkan lebih awal.

Beliau berang sebelum membacakan keputusannya apabila rakan Jayaraj, peguam Pyara Singh memberitahu bahawa Jayaraj tidak dapat hadir kerana menyelesaikan urusan lain di Putrajaya.

Pekerja kampung, Rohaizal Mohd Rashid, 34, dituduh bersama seorang yang masih bebas membunuh Mohd Noor Khairulizam, 26 (usia ketika dibunuh) antara pukul 7 malam hingga 9 malam di kawasan semak hadapan Kelab Golf Kulim pada 13 November 2010.

Rohaizal dari Baling dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Dalam kes itu mayat Mohd Noor dibakar selepas dipercayai dibunuh.

Mohd Zaki kemudian menetapkan 15 Julai untuk mebacakan keputusan dan akan meneruskannya walaupun tanpa kehadiran peguam tertuduh. Timbalan Pendakwa Raya Siti Aishah Abd Rashid mengendalikan kes itu.

Di luar mahkamah, Pyara Singh memberitahu pemberita bahawa beliau akan menelefon Jayaraj mengenai keputusan yang dibuat oleh pesuruhjaya kehakiman. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan