Wanita Sarat Mengandung Hadapi Enam Pertuduhan Pecah Amanah Babitkan Setengah Juta

Diterbitkan: Jumaat, 5 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang bekas penolong akauntan sebuah syarikat yang sarat mengandung lapan bulan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas enam pertuduhan pecah amanah membabitkan nilai keseluruhan RM553,391.90.

Fara Wahida Mad Aziz, 34, dari Bandar Tun Hussein, Cheras, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di depan Hakim Mohd Sabri Ismail.

Mohd Sabri membenarkan Fara Wahida diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Mengikut pertuduhan, Fara Wahida, yang diamanahkan dengan penguasaan ke atas cek RHB Bank dan Affin Bank Bhd milik Syarikat Seri Siantan Sdn Bhd, telah dengan curangnya menyalahgunakan cek berkenaan.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Syarikat Seri Siantan di No 45A, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13 di sini antara 22 Jan 2009 dan 3 Mac 2011 mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan sebatan serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Husnita Mohd Radzi menawarkan jaminan RM100,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin, bagaimanapun peguam Hisham Nazir memohon jumlah itu dikurangkan atas alasan Fara Wahida memberi kerjasama yang baik kepada pihak polis sepanjang siasatan.

Beliau juga berkata anak guamnya dijangka bersalin pada 1 Ogos ini. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan