Miliki Ganja: Bekas Pengawal Keselamatan Dihukum Penjara 10 Tahun, 10 Sebatan

Diterbitkan: Jumaat, 5 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang bekas pengawal keselamatan dihukum penjara 10 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan memiliki 474 gram ganja yang disembunyi dalam bekas plastik di rumah keluarganya pada April tahun lepas.

Hakim Noor Azian Shaari memerintahkan Kamal Ariffin Zamani, 40, menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada 6 April 2012.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Kris Ijok, Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 1 pagi 6 April 2012 mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup dan minimum 10 kali sebatan, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, Kamal Ariffin berdepan pertuduhan mengedar dadah mengikut Seksyen 39B akta sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, sepasukan anggota polis cawangan Narkotik Kuala Selangor menyerbu rumah keluarga Kamal Ariffin dan tertuduh kemudian menyerahkan satu bekas plastik jingga berisi empat bungkusan daun kering, yang kemudian disahkan sebagai ganja, kepada pihak polis.

Terdahulu, peguam Nor Azri Mohd Arif memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan ke atas anak guamnya atas alasan tertuduh tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan telah insaf akan perbuatannya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Aida Mastura Mohamed Aman meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana perbuatan Kamal Ariffin menyebabkan wujud ramai penagih dadah, dan hukuman itu perlu berbentuk pengajaran agar tertuduh tidak mengulanginya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan