Guru Muzik Mengaku Tidak Bersalah Cabul Pelajar

Diterbitkan: Jumaat, 5 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Seorang guru muzik rakyat Filipina mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencabul pelajarnya, Mei lepas.

Rolando Suarez Fernandez, 48, dituduh menggunakan kekerasan jenayah terhadap pelajar perempuan berumur 14 tahun dengan niat hendak mencabul kehormatannya di bilik muzik Austin Height International School, di sini kira-kira pukul 9.45 pagi, 25 Mei lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripadanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Fithril Hakim Abd Jalil menawarkan wang jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin, namun peguam Hazza Khalid merayu jaminan dikurangkan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias kemudian membenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Julai depan untuk serahan dokumen. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan