Rogol: Jurukimpal Dipenjara Tujuh Tahun, Tiga Sebatan

Diterbitkan: Rabu, 3 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang jurukimpal dihukum penjara tujuh tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini Rabu kerana merogol seorang pelajar berumur 15 tahun, tahun lepas.

Hakim Zulhazmi Abdullah menjatuhkan hukuman tersebut terhadap M.Retnam, 32, setelah dia mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Retnam yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan hutan berdekatan Maktab Rendah Sains Mara Pondok Upeh, Balik Pulau dekat sini, pada 2.30 petang, 1 Mac tahun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, tertuduh mengaku dirinya sebagai seorang anggota polis dan menunjukkan kad berwarna biru putih dengan lambang Polis Diraja Malaysia kepada mangsa dan kawan lelakinya sebelum meminta kad pengenalan mereka.

Bagaimanapun, mangsa dan kawan lelakinya tidak membawa kad pengenalan dan tertuduh menyuruh kawan lelaki mangsa pulang ke rumah untuk mengambil kad pengenalan.

Setelah kawan lelaki mangsa pulang, tertuduh mengeluarkan pisau dan mengacukannya ke leher mangsa sebelum membawa mangsa menaiki motosikal ke kawasan hutan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S.Selvaranjini. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan