Pengurusan Kes Tian Chua, Adam Adli Dan Empat Aktivis Pembangkang Ditetapkan 20 Ogos

Diterbitkan: Selasa, 2 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 20 Ogos depan untuk pengurusan kes Naib Presiden PKR Tian Chua, aktivis pelajar Adam Adli Abd Halim dan empat lagi aktivis pembangkang yang didakwa memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah di Dewan Perhimpunan Cina, Mei lepas.

Hakim Norsharidah Awang menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas memaklumkan pihaknya telah menyerahkan salinan laporan polis dan cakera padat rakaman ceramah pada 13 Mei lalu kepada pihak pembelaan.

"Saya dimaklumkan berdasarkan dokumen yang telah diberikan, pihak pembelaan akan membuat beberapa permohonan sama ada di mahkamah ini (Mahkamah Sesyen) atau Mahkamah Tinggi," katanya ketika kes itu disebut Selasa.

Pada 23 Mei lepas, Adam Adli, 25, mengaku tidak bersalah atas dakwaan memberi ucapan dalam ceramah dengan menyebut kata-kata menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang telah tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara yang tidak sah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Nombor 1, Jalan Maharajalela, Dang Wangi di sini antara 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga lima tahun, jika sabit kesalahan.

Sementara itu pada 29 Mei lepas, Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang bersama Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia Muhammmad Safwan Anang

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan