Prosiding RCI Pendatang Asing Sabah Sambung 1 Julai

Diterbitkan: Sabtu, 29 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang asing tanpa izin di Sabah akan bersambung selama lima hari, mulai 1 Julai.

Setiausaha RCI Pendatang Asing di Sabah, Datuk Saripuddin Kasim dalam kenyataan di sini pada Jumaat berkata prosiding akan dijalankan di Mahkamah Persekutuan di sini, pada 9.30 pagi.

"Setakat ini seramai 139 saksi selesai memberi keterangan di hadapan suruhanjaya dalam tujuh sesi, sejak 14 Jan lepas," katanya.

Beliau berkata pada Mac lalu, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memperkenan pelanjutan masa suruhanjaya selama enam bulan dari 21 Mac hingga 20 September.

Suruhanjaya tersebut diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.

Anggota panel itu juga terdiri daripada bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Profesor Datuk Dr Kamaruzzaman Ampon; bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Henry Chin Poy Wu; bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk KY Mustapha dan bekas timbalan ketua menteri, yang juga bekas peguam besar Sabah, Tan Sri Herman J Luping. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan