Responden Diberi Tempoh Seminggu Untuk Fail Bantahan Awal

Diterbitkan: Jumaat, 28 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Mahkamah Pilihan Raya di sini menetapkan 18 Julai ini bagi pengurusan kes petisyen pilihan raya bagi Parlimen Ketereh dan empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Air Lanas, Kok Lanas, Mengkebang dan Manek Urai.

Hakim Pilihan Raya Datuk John Louis O'hara menetapkan tempoh seminggu mulai hari ini untuk pihak responden memfailkan bantahan awal terhadap petisyen itu.

PAS memfailkan petisyen bagi mengisytiharkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lepas tidak sah bagi Parlimen Ketereh, PAS memfailkan petisyen bagi DUN Air Lanas dan Kok Lanas manakala Barisan Nasional (BN) memfailkan petisyen bagi DUN Mengkebang dan Manek Urai.

Jika bantahan awal itu ditolak, mahkamah akan meneruskan perbicaraan petisyen itu dan Hakim O'hara telah menetapkan tarikh perbicaraan bagi kesemua petisyen berkenaan.

DUN Air Lanas ditetapkan mulai 18 hingga 21 Ogos, DUN Kok Lanas (25-27 Ogos), Parlimen Ketereh (17-24 September), DUN Mengkebang (30 Sept-9 Oktober), dan DU NManek Urai (21-24 Oktober).

Pada PRU-13, calon BN DUN Air Lanas Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengalahkan calon PAS Abdullah Ya'kub dengan majoriti 47 undi manakala calon BN DUN Kok Lanas Datuk Md Alwi Che Ahmad pula menewaskan calon PAS Nik Mahadi Nik Mahmood dengan majoriti 169 undi.

Bagi Parlimen Ketereh, calon BN Tan Sri Annuar Musa menewaskan calon PKR Ab Aziz Ab Kadir dengan majoriti 974 undi, DUN Mengkebang calon BN Azizzuddin Hussein tewas kepada calon PAS Abdul Latiff Abdul Rahman dengan majoriti 1,072 undi.

Di satu lagi Mahkamah Pilihan Raya, Hakim Pilihan Raya Datuk Zamani Abdul Rahim menetapkan 10 Julai depan bagi pengurusan kes dan keputusan bantahan awal bagi petisyen pilihan raya untuk Parlimen Machang, Parlimen Bachok, DU NSelising, DUN Gaal dan DUN Jelawat.

Hakim Zamani yang membuat keputusan itu di dalam kamar, menetapkan tempoh seminggu mulai hari ini untuk pihak responden memfailkan bantahan awal terhadap petisyen itu.

Bagaimanapun, beliau tidak menetapkan tarikh perbicaraan jika bantahan awal itu ditolak.

BN memfailkan petisyen bagi Parlimen Bachok, DUN Gaal dan Jelawat manakala PAS memfailkan petisyen bagi DUN Selising dan PKR bagi Parlimen Machang.

Calon BN Parlimen Bachok Datuk Dr Awang Adek Hussin tewas kepada calon PAS Ahmad Marzuk Shaary dengan majoriti 201 undi manakala bagi kerusi DUN Jelawat calon BN Datuk Ilias Husain kalah kepada calon PAS Abdul Aziz Kadir dengan majoriti 102 undi.

Bagi DUN Gaal, calon BN Redzuan Stapha kalah kepada calon PAS Tuan Mazlan Tuan Mat dengan majoriti 302 undi, Parlimen Machang pula calon PKR Wan Zawawi Wan Ismail kalah kepada calon BN Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dengan majoriti 805 undi.

Mohd Ilias Mohd Nor mengetuai barisan peguam yang mewakili pempetisyen B Nmanakala Hisham Fauzi pula mengetuai peguam bagi pihak pempetisyen PAS dan PKR.

Pada pilihan raya umum itu, PAS menguasai 32 kerusi DUN berbanding BN yang memenangi 12 kerusi manakala PKR satu kerusi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan