Kerajaan P.Pinang Dapat Kebenaran Mula Petisyen Pilihan Raya Kerajaan Tempatan

Diterbitkan: Jumaat, 28 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan pada Khamis membenarkan kerajaan Pulau Pinang memulakan prosiding mahkamah mengenai petisyen yang difailkan dalam cubaan bagi memulihkan pilihan raya kerajaan tempatan.

Hakim Datuk Hasan Lah memberi kebenaran tersebut kepada kerajaan negeri dan bekas presiden badan bukan kerajaan, Aliran, P. Ramakrishnan untuk meneruskan petisyen bagi mencabar kesahihan peruntukan dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang menghalang badan perundangan negeri daripada mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan dalam sesuatu negeri.

Beliau membenarkan permohonan kebenaran kerajaan negeri atas persoalan undang-undang tunggal yang akan dibincangkan dan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Persoalan undang-undang tersebut ialah sama ada Parlimen mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang berhubung pilihan raya kerajaan tempatan.

Mahkamah Persekutuan masih belum menetapkan tarikh pendengaran.

Kerajaan negeri Pulau Pinang dan Ramakrishnan, selaku pempetisyen, menamakan kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden.

Pihak pempetisyen diwakili peguam Tommy Thomas manakala pihak responden oleh Peguam Kanan Persekutuan, Amarjeet Singh dan Suzana Atan.

Dalam petisyen tersebut, pempetisyen memohon perisytiharan bahawa Seksyen 15 dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 tidak sah kerana Parlimen bertindak melampaui kuasanya di bawah Perlembagaan Persekutuan dalam menggubal peruntukan tersebut.

Oleh kerana perkara itu melibatkan isu-isu Perlembagaan maka kebenaran perlu dipohon terlebih dahulu daripada seorang hakim tunggal Mahkamah Persekutuan.

Dalam petisyen itu, kerajaan negeri dan Ramakrishan berkata pilihan raya kerajaan tempatan yang diadakan di George Town pada 1951 telah dikendalikan oleh pihak berkuasa tempatan.

Mereka berkata Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang meluluskan Enakmen Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Province Wellesley) 2012 pada 9 Mei tahun lepas dan mewartakannya pada 5 Julai tahun lepas.

Kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat sedang berusaha memulihkan pilihan raya kerajaan tempatan yang telah dimansuhkan di Malaysia pada 1 Mac 1965. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan