Bekas Pegawai Khas MB Selangor Dipenjara Dua Tahun, Dua Sebatan

Diterbitkan: Jumaat, 28 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Bekas pegawai khas kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dihukum penjara dua tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini Khamis atas tuduhan menipu bagi mendapatkan sumbangan Majlis Sambutan 100 Hari Pakatan Rakyat, lima tahun lepas.

Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah membuat keputusan itu terhadap Mohd Yahya Mat Sahri, 46, selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen di sini membebaskan tertuduh pada Mei 2011.

Abdul Alim bagaimanapun membenarkan permohonan peguam Ahmad Nizam Hamid, yang mewakili Mohd Yahya, untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Rayuan.

Hakim kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Azah Kasran hadir bagi pihak perayu.

Pada 20 Mei 2011, Hakim Azhaniz Teh Azman Teh melepas dan membebaskan Mohd Yahya daripada tuduhan itu selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mohd Yahya dituduh menipu Presiden Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) Datuk Abdul Karim Munisar untuk mempercayai bahawa Sekretariat Pakatan Rakyat memohon sumbangan bagi menampung pembiayaan majlis sambutan itu di Gardenia Coffee House, Quality Hotel di sini pada 4 Jun 2008.

Tertuduh, selaku pengarah program acara itu, dituduh dengan curangnya mendorong Abdul Karim untuk menyerahkan RM50,000 kepadanya sebagai sumbangan, sedangkan Abdul Karim tidak akan melakukannya sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat dan boleh juga didenda.

Seramai 28 saksi pendakwaan termasuk Menteri Besar Selangor dan lapan saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan