Perbicaraan Kes Saman Teresa Terhadap Utusan Ditangguh Kepada 8 Julai

Diterbitkan: Khamis, 27 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Khamis menangguhkan perbicaraan kes saman fitnah RM30 juta Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim terhadap Utusan Malaysia dan kolumnis, Datuk Mohd Zaini Hassan kepada 8 Julai depan.

Hakim Siti Khadijah S.Hassan Badjenid membenarkan permohonan penangguhan oleh peguam S.N Nair, yang mewakili Kok bagi membolehkannya memfailkan tiga lagi pernyataan saksinya.

Mahkamah turut menetapkan 9 dan 10 Julai untuk menyambung perbicaraan kes itu.

Di awal prosiding, ahli perniagaan Kok Sow Kuen, 45, yang merupakan saksi kedua plaintif memberitahu mahkamah beliau membuat laporan polis pada 27 Sept 2008 selepas mendakwa menerima sekeping nota berbaur ugutan.

"Ketika kejadian saya berada di dalam rumah dan terdengar bunyi kaca dan apabila keluar ada sebotol kaca pecah. Apabila diperiksa terdapat beberapa butir paku dan sekeping nota yang ditinggalkan berbaur ugutan," kata adik lelaki Kok ketika pemeriksaan utama oleh Nair dalam perbicaraan kes saman itu.

Pada 9 Oktober 2008, Kok, 49, memfailkan saman itu dengan mendakwa artikel bertajuk 'Azan, Jawi, Jais, UiTM dan ba-alif-ba-ya', yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia pada 10 September 2008, membawa maksud beliau seorang yang tidak boleh dipercayai, ahli politik yang jahat, bersikap perkauman dan anti-Islam.

Kok mendakwa artikel itu disiarkan semula dan diedar di seluruh Malaysia dan dunia menerusi perkhidmatan online Utusan, dan akibatnya, reputasi dan kewibawaan beliau tercemar di dalam negeri dan di peringkat antarabangsa. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan