Penimbang Tara Didakwa Minta Suapan RM6 Juta Dari Ahli Perniagaan - Berita Mahkamah | mStar

Penimbang Tara Didakwa Minta Suapan RM6 Juta Dari Ahli Perniagaan

Diterbitkan: Khamis, 27 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang penimbang tara bertauliah pada Rabu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan meminta suapan sebanyak RM6 juta daripada seorang ahli perniagaan, tahun lepas.

Yusof Holmes Abdullah, 69, seorang rakyat Britain yang memiliki status penduduk tetap Malaysia, didakwa meminta suapan tersebut menerusi e-mel daripada Pengarah JMR Construction Sdn Bhd.,Goh Nai Kooi @ Goh Mai Kwai.

Dia didakwa menghantar e-mel melalui veltsen-roget@inbox.com kepada Goh di gohnk99@gmail.com di No.8, Jalan Sri Bahari, di sini, antara 1 Ogos dan 30 September 2012.

Suapan tersebut didakwa sebagai pendorong kepada Yusof Holmes untuk membuat keputusan memihak JMR Construction dalam kes timbang tara dengan syarikat Nanjing Changjiang Waterway Engineering Bureau.

Seorang ahli perniagaan, Siaw Teck Hwa, 59, turut didakwa bersubahat dengan Yusof Holmes dalam meminta wang tersebut secara rasuah dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 bergantung mana lebih tinggi.

Dalam prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya Hanim Mohd Rashid meminta mahkamah menetapkan jaminan RM1 juta bagi setiap tertuduh kerana mebabitkan jumlah suapan yang tinggi dan kes tersebut melibatkan kepentingan awam.

Hakim Zul Hazni Abdullah menetapkan wang jaminan RM50,000 bagi setiap tertuduh dengan dua penjamin dan memerintahkan pasport mereka diserahkan kepada mahkamah.

Beliau kemudian menetapkan 31 Julai ini untuk sebutan kes.

Yusof Holmes diwakili peguam Raj Shankar manakala Siaw oleh Zainal Fikri. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan