Ahli Perniagaan, Pensyarah Didakwa Palsukan Tuntutan Lebih RM2 Juta

Diterbitkan: Khamis, 27 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Dua ahli perniagaan dan seorang pensyarah kanan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap 20 tuduhan membuat tuntutan palsu bernilai lebih RM2 juta pada 2009 dan 2010.

Samad Sapari, 49, dan Mohamad Farhan Chua Abdullah, 46, dari PSC Inovations Sdn Bhd dan Abdul Aziz Abdul Kadir, 49, memohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.

Mereka membuat tuntutan palsu bernilai RM380,000 menggunakan empat invois pada 24 Ogos 2009 yang diserahkan kepada Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) Sdn Bhd di pejabat Monitoring & Government Liaison MTDC Sdn Bhd di Menara Yayasan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur sekitar 8 pagi hingga 6 petang.

Tertuduh membuat tuntutan bernilai RM746,059.66 daripada MTDC dengan menggunakan lapan invois MTDC di tempat yang sama antara 8 pagi dan 6 petang pada 23 Februari 2010.

Mereka turut membuat tuntutan bernilai RM943,054 daripada MTDC dengan menggunakan lapan invois di pejabat tersebut sekitar 8 pagi hingga 6 petang pada 22 November 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama dan boleh dihukum menurut Seksyen 468 kanun sama iaitu penjara tidak melebihi tujuh tahun serta denda.

Pegawai Pendakwa daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Abdul Ghaffar Ab Latiff menawarkan jaminan RM200,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Peguam Muhammad Nor Izat Nordin yang mewakili Samad dan Mohamad Farhan Chua serta Mohamad Fairoz Elyas Majid yang mewakili Abdul Aziz memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan kerana anak guam mereka tidak berkemampuan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Mohamad Haldar menetapkan 31 Julai untuk pengurusan kes. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan