Penimbang Tara Didakwa Minta Rasuah RM6 Juta

Diterbitkan: Rabu, 26 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang penimbang tara bertauliah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini kerana meminta rasuah sebanyak RM6 juta daripada seorang ahli perniagaan pada tahun 2012.

Yusof Holmes Abdullah, 69, didakwa meminta RM6 juta dengan menghantar e-mel kepada Goh Nai Kooi @ Goh Mai Kwai di sebuah rumah di Jalan Sri Bahari di sini antara 1 Ogos dan 30 September 2012.

Rasuah itu bertindak sebagai dorongan untuk Yusof Holmes memihak kepada JMR Construction Sdn Bhd dalam perkara timbang tara dengan Syarikat Nanjing Changjiang Waterway Engineering Bureau.

Seorang ahli perniagaan Siew Teck Hua, 59, didakwa bersubahat dengan Yusof Holmes dalam mendapatkan wang sogokan.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 16 (A) Suruhanjaya Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun, denda RM10,000 atau lima kali ganda jumlah yang terlibat, yang mana lebih tinggi, atau kedua-duanya.

Hakim Sesyen Zulhazmi Abdullah menetapkan ikat jamin RM50,000 bagi setiap tertuduh.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan