Kes Sreesanthan: Peguam Mohon Keputusan Berhubung 10 Persoalan Undang-Undang

Diterbitkan: Selasa, 25 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peguam yang mewakili peguam korporat Datuk E.Sreesanthan mahu mendapatkan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung persoalan undang-undang termasuk dua seksyen mengenai Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, yang mana mereka berkeras mengatakannya sebagai tidak mengikut perlembagaan.

Peguam utama Datuk Dr Cyrus Das berhujah di hadapan Hakim Kamardin Hashim bahawa seksyen 128 dan 134, melanggar perlindungan daripada perbicaraan jenayah yang adil yang dijamin di bawah Artikel 5(1) dan 8(1) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menegaskan bahawa Seksyen 128 akta itu membolehkan pihak berkuasa masuk ke premis tanpa waran geledah; kuasa yang boleh dilaksanakan mana-mana pegawai penyiasat Suruhanjaya Sekuriti (SC); kuasa untuk mencari dan memeriksa; kuasa untuk merampas sebarang dokumen termasuk pasport; kuasa untuk memaksa pengeluaran dokumen.

Cyrus menegaskan seksyen itu juga membolehkan SC kuasa untuk mendakwa mana-mana pihak yang enggan bekerjasama denga pegawai penyiasat dengan denda RM1 juta dan hukuman penjara sehingga lima tahun.

Sementara itu, beliau berhujah bahawa seksyen 134 akta itu membatalkan kuasa untuk berdiam diri.

"Seksyen 134 tidak mengandungi sebarang perlindungan seperti dalam CPC (Kanun Prosedur Jenayah) berhubung rakaman kenyataan daripada orang yang berpotensi dituduh di mana suatu amaran telah diberikan," hujah Cyrus.

Selain itu, sebarang kenyataan atau rakaman yang dibuat boleh diterima di mahkamah sam ada secara sukarela atau sebaliknya.

Cyrus berhujah seksyen itu bukan sahaja menafikan hak terhadap mereka yang mengaku bersalah tetapi keengganan orang yang dituduh itu untuk memberi jawapan atau bekerjasama dalam siasatan tertakluk dengan satu pendakwaan jenayah, apabila disabitkan boleh didenda sehingga RM1 juta atau dihukum penjara lima tahun.

Sementara itu, peguam bersama Datuk Jerald Gomez berhujah bahawa Seksyen 172A dan 172B CPC yang baharu dipinda menafikan hak tertuduh yang dijamin di bawah perlembagaan untuk mendapat perbicaraan yang adil dalam sistem yang bertentangan.

Beliau berkata keperluan orang yang dituduh untuk menyertai persidangan praperbicaraan, sebagai menghakis secara halus, hak tertuduh untuk pemeriksaan balas secara berkesan dan menguji kebenaran dan kewibawaan saksi dan keterangan yang dikemukakan pihak pendakwaan.

Pada 20 Julai, Sreesanthan,53, bekas pengarah bebas bukan eksekutif Sime Darby Bhd, meminta dibicarakan terhadap tujuh tuduhan berkaitan urus niaga dalaman melibatkan 625,000 saham Sime Darby Bhd, Maxis Communications Bhd, UEM World Bhd dan VADS Bhd.

Beliau didakwa menggunakan maklumat tentang pemerolehan, penswastaan dan urusan penstrukturan semula korporat syarikat tersebut yang dimilikinya antara 2006 dan 2008 untuk memperoleh saham berkenaan.

Semua tuduhan itu didakwa dilakukan di Bursa Malaysia Securities Bhd di Bukit Kewangan di sini antara 9 Oktober 2006 dan 18 Oktober 2008.

Jika disabitkan kesalahan, Sreesanthan boleh dikenakan denda minimum RM1 juta dan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun bagi setiap kesalahan mengikut Akta Industri Sekuriti 1983 dan Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan