Anggota Polis Dimaklumkan Mengenai Cubaan Pengganas Sulu Menceroboh, Mahkamah Diberitahu

Diterbitkan: Selasa, 25 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin diberitahu bahawa anggota polis, yang sedang dibicarakan bagi kesalahan berkaitan pencerobohan pengganas Sulu di pantai timur Sabah, telah dimaklumkan mengenai sekumpulan warga asing memasuki negeri ini menerusi Semporna.

Saksi yang dilindungi itu, memberi keterangan dari bilik saksi, memberitahu mahkamah beliau pergi berjumpa Detektif Koperal Hassan Ali Basari pada Januari untuk memaklumkan kepadanya mengenai perkara itu.

Hassan, 55, dari Semporna, dituduh dengan sengaja menyembunyikan maklumat mengenai kegiatan keganasan di pejabat Ketua Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, antara Januari dan 3 Mac tahun ini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Saksi itu berkata beliau dihampiri oleh 20 lelaki, memakai pakaian berjalur berwarna jingga, di Bongao di Filipina, yang mencari sebuah bot yang boleh mambawa mereka ke Simunul di Semporna.

Katanya beliau ternampak perkataan 'Royal Sulu Force' tertera pada pakaian mereka.

Katanya beliau mendengar lelaki berkenaan berbual sesama mereka dalam bahasa Suluk dan mendapati 1,500 lelaki sedang berkumpul di Simunul.

Saksi itu berkata beliau mendengar alasan mereka berkumpul adalah untuk memasuki Sabah kerana mereka mahu menuntut negeri ini.

Beliau memberitahu mahkamah yang beliau mengingatkan tertuduh supaya tidak mengabaikan maklumat itu.

Tertuduh diwakili peguam Kamarudin Mohamad Chinki dan Ram Singh, manakala Datuk Nordin Hassan mengetuai pihak pendakwaan. Turut hadir isteri dan dua anak tertuduh. Perbicaraan di hadapan Hakim P. Ravinthran bersambung esok. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan