Penahanan Salah: Mahkamah Tolak Rayuan Tengku Fakhry

Diterbitkan: Isnin, 24 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Adinda Sultan Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra gagal dalam rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman RM150 juta beliau terhadap polis dan tiga lagi kerana didakwa menahannya secara salah.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus menolak rayuan itu dengan kos RM10,000.

Mohd Hishamudin, yang bersidang bersama Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dan Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim, memutuskan mahkamah itu tidak akan mengganggu keputusan Hakim Mahkamah Tinggi.

Panel itu membuat keputusan selepas mendengar hujah peguam AS Dhaliwal yang mewakili Tengku Muhammad dan Peguam Kanan Persekutuan Md Azizan Arshad bagi pihak defendan.

Pada 7 November lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman Tengku Muhammad Fakhry selepas mendengar keterangan lima saksi plaintif dan lima saksi defendan.

Tengku Muhammad Fakhry memfailkan saman itu pada 9 Dis 2011 dan menamakan Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Ismail Omar, ketua pengawal peribadi Sultan Kelantan ASP Noorazman Ismail, Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi dan Polis Diraja Malaysia sebagai defendan.

Penyataan tuntutan mendakwa beliau dihalang anggota polis pada 30 Ogos 2009 dari meninggalkan kawasan istana di Kubang Kerian kerana memandu kereta Bentley milik ayahandanya.

Beliau mendakwa ayahandanya iaitu bekas Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra, yang mahu kereta itu dihantar ke Singapura di mana baginda dirawat.

Dhaliwal ketika ditemui media berkata beliau akan mendapatkan arahan anak guamnya sama ada akan memfailkan rayuan atau tidak terhadap keputusan hari ini ke Mahkamah Persekutuan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan