Husam Musa Bebas Tahanan Reman Dengan Jaminan

Diterbitkan: Isnin, 24 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa yang ditahan reman mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataannya mengenai 'mati syahid' dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin dengan jaminan.

Majistret Nik Habri Muhamad memerintahkan Husam dilepaskan dengan seorang penjamin dan beserta wang jaminan RM3,000 selepas tempoh reman selama dua hari berakhir.

Nik Habri mengeluarkan perintah itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu iaitu tempat Husam direman, yang dijadikan Mahkamah Majistret sementara.

Husam, 54, ditahan pada 4 petang Sabtu lepas di Kampung Pandan, Ampang, Selangor oleh polis dan kemudiannya dibawa ke Kota Baharu pada hari yang sama.

Dia ditahan reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataannya seperti yang dilaporkan media rasmi PAS, sekiranya peserta terkorban ketika menyertai perhimpunan Black 505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur Sabtu lalu dianggap sebagai 'mati syahid'.

Semalam polis membuat permohonan untuk menahan reman Husam yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Salor melalui Pegawai Penyiasat ASP Noland A/L Janah.

Turut hadir peguam yang mewakili Husam, Hisham Fauzi manakala wartawan dan jurugambar tidak dibenarkan memasuki kawasan IPD berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan