Pendengaran Rayuan Polis Berhubung Award RM1.43 Juta Kepada Pesara pada 25 Jun Dibatalkan

Diterbitkan: Jumaat, 21 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pendengaran rayuan pihak polis di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi memberikan award RM1.43 juta kepada seorang pesara kerana ditahan dan penahanan secara salah pada 1997, yang ditetapkan pada 25 Jun telah dibatalkan.

Pendaftar Mahkamah Rayuan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali membatalkan tarikh itu di dalam kamar semasa perjumpaan dengan Peguam Persekutuan Nur Aqilah Abdullah yang mewakili polis dan kerajaan, dan peguam Alan Wong Teck Wei yang mewakili responden, Dickson Ng Sek Wah, yang turut hadir.

Nur Aqilah memberitahu pemberita, mahkamah menetapkan 17 Julai bagi pengurusan kes selanjutnya di hadapan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif.

Pada hari tersebut, tarikh baharu akan ditetapkan untuk mendengar rayuan, katanya.

Ng, 62, menyaman lapan pegawai polis termasuk Ketua Polis Negara dan kerajaan pada 2000, mendakwa semasa dalam tempoh penahanan, dia telah cedera teruk.

Dia ditahan untuk soal siasat kerana didakwa mengimport senjata api "sub-machine gun" dari Finland tanpa lesen sah.

Ng, yang ketika itu bekerja dengan sebuah syarikat penghantaran mendakwa dia hanya membantu sebuah syarikat untuk mengimport senjata itu sebagai sampel untuk mengambil bahagian dalam tender terbuka oleh Kementerian Dalam Negeri bagi pihak polis.

Pada November 2010, Mahkamah Tinggi Shah Alam High memberikannya award RM1.43 juta dan permohonan polis bagi penangguhan pembayaran award itu masih menunggu pendengaran di mahkamah. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan