Mahkamah Rayuan: Peguam Bukan Islam Boleh Jadi Peguam Syarie di W. Persekutuan

Diterbitkan: Jumaat, 21 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Peguam bukan Islam kini boleh mengamalkan Undang-Undang Syariah di Wilayah Persekutuan, ekoran keputusan penting yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada Jumaat.

Dalam penghakiman terhadap Victoria Jayaseelan Martin dalam cubaannya untuk menjadi seorang peguam syariah, mahkamah memutuskan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah bertindak melebihi kuasanya dalam menolak permohonan pemohon atas alasan dia bukan orang Islam.

Hakim Datuk Seri Abu Samah Nordin, yang mengetuai panel tiga hakim membuat penghakiman tersebut berkata, undang-undang menetapkan pelantikan peguam Syarie tidak mewajibkan pemohon mesti seorang yang beragama Islam.

"Jika niatnya adalah untuk melarang orang bukan Islam daripada menjadi peguam di Mahkamah Syariah, ia seharusnya dinyatakan dengan jelas dalam perundangan," katanya ketika membaca keputusan penghakiman.

Panel tersebut membuat keputusan bersejarah itu apabila membenarkan rayuan seorang wanita Kristian, Victoria Jayaseele Martin, memohon untuk mengetepikan keputusan MAIWP menolak permohonannya untuk diterima sebagai peguam syarie atas alasan beliau adalah bukan Islam.

Victoria, 51, yang memperoleh Diploma dalam Undang-undang dan Amalan Syariah (DSLP) pada 2004 dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), memfailkan rayuan selepas permohonan semakan kehakiman ditolak oleh Mahkamah Tinggi yang berpendapat MAIWP mempunyai kuasa di bawah undang-undang untuk menetapkan peraturan menerima peguam syarie.

Abu Samah membenarkan dua lagi perintah yang dipohon oleh Victoria.

Perintah tersebut ialah perintah 'certiorari' bagi membatalkan keputusan MAIWP untuk enggan memproses permohonan beliau untuk diterima sebagai peguam syarie.

Selain itu perintah 'mandamus' bagi memaksa MAIWP menerima dan memperoses permohonan beliau untuk diterima sebagai peguam syarie tanpa mengambil hakikat bahawa beliau adalah seorang bukan Islam.

Beliau berkata permohonan Victoria telah dinafikan tanpa proses yang diberikan kepadanya kerana beliau bukan seorang Islam.

Bagaimanapun, Abu Samah membenarkan permohonan peguam MAIWP Datuk Sulaiman Abdullah untuk menangguhkan pelaksanaan kedua-dua perintah tersebut sementara menunggu permohonan MAIWP dan Peguam Negara untuk mendapatkan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan.

Dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan pada 2009, Victoria berkata melalui surat bertarikh 24 Ogos, 2009, beliau memohon untuk diterima sebagai peguam syarie di Wilayah Persekutuan. Katanya permohonannya ditolak oleh Jawatankuasa Peguam Syarie pada 9 Sept 2009 dengan alasan bahawa permohonannya tidak dapat diproses kerana syarat utama pemohon mesti merupakan seorang Islam.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan