Jurutera Didakwa Bunuh Isteri Warga Filipina

Diterbitkan: Selasa, 18 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Seorang jurutera didakwa di Mahkamah Majistret di sini Selasa terhadap tuduhan membunuh isterinya, warga Filipina awal bulan ini.

Yiew Chin Hua, 33, yang berasal dari Kukup Laut, Pontian, didakwa membunuh Vivian Biding Camarota, 32, di nombor 77, Jalan Indah 24/10, Taman Bukit Indah, di sini antara 12 tengah malam dan 2.30 pagi, 1 Jun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tertuduh mengangguk selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias, bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Bagi pertuduhan kedua, Yew mengaku tidak bersalah menyebabkan isterinya keguguran dengan menendang perut wanita itu, di tempat, waktu dan tarikh yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 313 kanun sama yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 16 Julai depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Afif Ali manakala Yew diwakili peguam Mohd Farhan Mhd Yahkup. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan