Bekas Pengarah Operasi dan Koordinator Didakwa Tipu Pemilik Syarikat Pembekal Am

Diterbitkan: Selasa, 18 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Operasi Tabung Kebajikan dan Pendidikan E-Pendidikan Genius serta bekas koordinator agensi berkenaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan menipu pemilik syarikat pembekal barangan am.

Hishamsol Othman, 43, dan Zuraimi Abd Rahim, 39, didakwa menipu pemilik Zamrud Enterprise, Ng Suat Hon, dengan memperdayakannya supaya menyumbang wang sebanyak RM200,000 ke dalam tabung kebajikan pendidikan itu.

Sumbangan itu bagi membolehkan Zamrud Enterprise mendapat pengecualian cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri, yang mana kedua-dua tertuduh tahu syarikat itu (Zamrud Enterprise) tidak layak ditawarkan pengecualian itu yang bertarikh 25 Oktober 2007.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Tabung Kebajikan dan Pendidikan E-Pendidikan Genius, Suite 17.2 Level 17, Bangunan MAS Jalan Sultan Ismail, pada pukul 2 petang, 30 November 2007.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama seksyen 34 yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Rosbiahanin Arifin membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Afifah Yusof manakala peguam, Ikmal Hisam Idris dan Faizal Mohd Hanafiah masing-masing mewakili Zuraimi serta Hishamsol. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan