Terima Rasuah, Anggota Rela Dipenjara, Didenda RM20,000

Diterbitkan: Isnin, 17 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang anggota Ikatan Relawan rakyat Malaysia (Rela) dijatuhi hukuman penjara keseluruhan setahun enam bulan dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini Isnin, selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM300 tahun lalu.

Hakim Kanan Maznah Abdul Aziz membuat keputusan itu terhadap Azlan Md Noh, 44, yang merupakan anggota Rela Langkawi.

Bagi pertuduhan pertama, Azlan yang bekerja sebagai nelayan, dituduh menerima suapan RM100 sebagai dorongan untuk tidak memeriksa kedai makan milik Norman Abd Latif dan tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas Norman kerana menggaji pekerja asing tanpa permit sah, di Medan Selera Nuralhidayah, Kampung Kelibang di Kuah, Langkawi pada 17 Februari 2012, pada pukul 4 petang.

Dalam pertuduhan kedua, dia dituduh menerima suapan RM200 sebagai dorongan untuk tidak memeriksa kedai makan milik Miss Arsa Madtanee @ Atirah Desa dan tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas Atirah kerana menggaji pekerja asing tanpa permit sah di Medan Selera Nuralhidayah, Kampung Kelibang di Kuah, Langkawi pada 18 Februari 2012, pukul 2.30 petang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta yang sama bagi kedua-dua pertuduhan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau nilai suapan atau RM10,000, mana lebih tinggi.

Untuk pertuduhan pertama, dia dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM10,000 atau lima bulan penjara lagi jika gagal membayar denda, manakala bagi pertuduhan kedua, Azlan dikenakan hukuman penjara setahun dan denda RM10,000 atau lima bulan penjara.

Maznah memerintahkan hukuman penjara tersebut berjalan serentak bermula Isnin.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Raya SPRM Syahrul Khuzaini Amiruddin, manakala Azlan tidak diwakili peguam. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan