Mahkamah Arah Pemaju Pulang Wang Penyelenggaraan RM1.8 Juta

Diterbitkan: Isnin, 17 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin memerintahkan sebuah syarikat pemaju memulangkan yuran pengurusan dan penyelenggaraan berjumlah RM1.8 juta kepada perbadanan pengurusan sembilan blok pangsapuri di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Hakim Datuk V.T.Singham juga mengarahkan Pengkalen Holiday Resort Sdn Bhd (PHR), selaku defendan, membayar kos RM50,000 kepada dua plaintif iaitu perbadanan pengurusan Paradise Lagoon Apartment (North) dan Paradise Lagoon Apartment (South).

Dalam penghakiman setebal 32 halaman itu, Singham berkata mahkamah tidak dapat membezakan apa-apa prinsip undang-undang yang membenarkan pemaju untuk menyimpan, memindah atau menukar jumlah RM1,803,972.63 yang telah dibayar ke akaun Pangsapuri PHR untuk manfaat dan kegunaan sendiri.

"Mengikut hukum alam, tiada siapa boleh memperkayakan dirinya secara tidak adil...dalam kes ini, pemaju mengambil kesempatan ke atas pemilik," katanya.

Beliau juga berpendapat bahawa keadilan menuntut pemaju dikehendaki memulangkan jumlah dana lebihan yang dikutip dari pemilik blok pangsapuri untuk khidmat penyelenggaraan seperti termaktub di bawah Akta Hakmilik Strata 1985.

Singham berkata hakikat bahawa ia mungkin menjadi amalan biasa bagi pemaju untuk menyimpan semua caj pengurusan dan penyelenggaraan yang dikutip dari pemilik unit kondominium dalam tempoh pra penubuhan perbadanan pengurusan dan penubuhan majlis di bawah Akta Hakmilik Strata tetapi ia tidak semestinya bermakna wang dalam akaun Pangsapuri PHR menjadi milik pemaju.

Beliau berkataan ciptaan jangkaan atau amalan semata-mata tidak mencukupi dalam undang-undang melainkan jika ia adalah jangkaan hak undang-undang dan dalam kes ini, ia tidak ada hak undang-undang.

"Mahkamah ini mendapati bahawa ia akan menjadi tak saksama melampau dan tidak adil untuk membenarkan pemaju memindahkan aset unit pemilik ke dalam akaun peribadi," katanya.

Singham menegaskan bahawa ia juga tidak adil secara nyata untuk membenarkan pemaju menyimpan atau memindahkan lebihan wang ke dalam akaunnya selepas menghentikan khidmat mengurus pangsapuri itu.

Pada 2012, perbadanan pengurusan melibatkan pemilik Blok A, B dan C Paradise Lagoon Apartment (North) dan enam blok di Paradise Lagoon Apartment (South) telah memfailkan saman terhadap pemaju itu dengan menuntut caj penyelenggaraan yang dikutip antara September 1994 dan Mei 2006 adalah milik mereka dan pemaju perlu memulangkan jumlah tersebut kepada mereka. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan