Warga Emas Diperintah Bela Diri Cabul Kehormatan Cucu Perempuan

Diterbitkan: Jumaat, 14 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat memerintahkan seorang warga emas berumur 75 tahun membela diri terhadap empat pertuduhan mencabul kehormatan cucu perempuannya yang berumur 10 tahun.

Majistret Zulkpli Abdullah membuat keputusan itu selepas mandapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

Mahkamah menetapkan empat hari bermula 29 Julai ini untuk datuk itu membela diri.

Peguam Noor Azah Azizan yang mewakili tertuduh memaklumkan pihaknya akan memanggil seramai 20 saksi pembelaan termasuk tertuduh.

Zulkpli dalam keputusannya berkata mahkamah mendapati tiada keraguan terhadap keterangan yang diberikan mangsa semasa perbicaraan kes itu dan dia juga memberi jawapan yang memenuhi kehendak soalan.

Beliau berkata mangsa yang merupakan saksi kelima pendakwaan berada dalam keadaan tenang dan merupakan seorang kanak-kanak yang mempunyai kepintaran tinggi semasa memberi keterangan.

Katanya dalam membuat keputusan itu mahkamah juga mengambil kira keterangan yang diberikan ibu mangsa dan juga dua orang doktor yang memeriksa kanak-kanak itu dan juga seorang lagi doktor yang memeriksa tertuduh.

"Selain keterangan ketiga-tiga doktor itu, gambar yang terdapat dalam telefon bimbit tertuduh juga telah memberi sokongan kepada keterangan mangsa," katanya.

Pada 26 Januari tahun lepas, warga emas itu mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan mencabul kehormatan cucu kandungnya termasuk di dua buah hotel dan dalam sebuah kereta di sini antara pukul 1 hingga 6 petang, antara April 2010 dan Oktober 2011.

Dia dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nur Hafizah Rajuni memanggil 16 saksinya semasa perbicaraan kes itu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan