Pengurus Kawasan PPK Sanglang Mengaku Salah Palsu Dokumen, Pecah Amanah

Diterbitkan: Khamis, 13 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang Pengurus Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sanglang, dijatuhi hukuman penjara 15 tahun, denda RM380,000 atau penjara dua tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku salah terhadap dua tuduhan memalsukan dokumen dan tiga pecah amanah yang dilakukan pada 2011 dan 2012.

Hakim Mohd Rosli Osman membuat keputusan itu terhadap Mohd Faizal Azmi Bazir, 36.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Faizal didakwa memalsukan butiran dalam pesanan kerajaan mengenai kerja membina gelanggang boling padang dan lot meletak kereta di Kampus Wilayah Utara, Institut Aminuddin Baki, Jitra berjumlah RM44,600 bertarikh 1 Mac 2011 di Bangunan Menara Peladang, Kota Setar di sini, namun kerja-kerja itu tidak pernah dikeluarkan institut berkenaan.

Dalam pertuduhan kedua, Mohd Faizal didakwa memalsukan butiran dalam pesanan kerajaan mengenai kerja menaik taraf kemudahan blok sabitan dan bilik rawatan Penjara Alor Setar berjumlah RM24,700 bertarikh dan di tempat sama, namun kerja-kerja itu tidak pernah dikeluarkan jabatan berkenaan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) Akta yang sama bagi kedua-dua pertuduhan.

Jika sabit kesalahan bagi kedua-dua pertuduhan itu, Mohd Faizal boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai butiran palsu atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Mohd Rosli kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara empat tahun bermula tarikh jatuh hukum dan denda RM250,000 atau setahun penjara bagi pertuduhan pertama, manakala penjara empat tahun bermula tarikh jatuh hukum dan denda RM130,000 atau setahun penjara bagi pertuduhan kedua.

Hukuman penjara berjalan serentak.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat Mohd Faizal didakwa melakukan pecah amanah apabila menunaikan dua cek masing-masing bernilai RM3,718 dan RM26,998 yang telah diamanahkan ke atas urusan harta benda dan kewangan di PPK Sanglang, untuk kepentingan sendiri di Maybank Berhad Cawangan Kodiang pada 22 Mac 2012 dan 5 April 2012.

Dia juga didakwa melakukan pecah amanah di pejabat PPK Sanglang apabila menyalahgunakan wang runcit PPK Sanglang berjumlah RM2,000 bagi tujuan pembelian komputer sedangkan tiada sebarang pembelian komputer dibuat pada 29 Mei 2012.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan berkenaan Mohd Faizal didakwa megikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebat dan denda.

Dia kemudiannya dijatuhi penjara dua tahun (bermula tarikh hukuman) dan satu sebatan bagi pertuduhan ketiga, tiga tahun penjara (bermula selepas hukuman penjara pertuduhan pertama dan kedua selesai) dan dua sebatan bagi pertuduhan keempat.

Bagi kesalahan seterusnya Mohd Faizal dihukum penjara dua tahun (bermula tarikh hukuman) dan satu sebatan.

Pendakwaan kes dikendalikan timbalan pendakwa raya SPRM Fieza Fazlin Fandi dan Syahrul Khuzaini Amiruddin, manakala Mohd Faizal tidak diwakili peguam. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan