Kes Wanita 'Samurai' Ditangguh Kerana Sakit mental

Diterbitkan: Rabu, 12 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perbicaraan wanita yang mengamuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Muhdalena Ahmad ditangguhkan selepas dia disahkan menghidapi masalah kemurungan dan psikosis.

Peguam M. Visvanathan memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa beliau menerima sijil perubatan (MC) untuk Muhdalena daripada Hospital Putrajaya, bertarikh 11 Jun.

Perakuan yang dikeluarkan oleh seorang pegawai perubatan dari Jabatan Kesihatan Psikiatri dan Mental menyatakan bahawa Muhdalena telah didiagnosis dengan 'gangguan kemurungan dan psikosis'.

"MC yang diberikan adalah untuk tempoh 11 Jun hingga 11 Julai, oleh itu saya meminta supaya kes ini ditangguhkan," kata Visvanathan.

Muhdalena, 28, dari Kota Damansara, menghadapi empat pertuduhan mengikut Kanun Keseksaan, Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.

Dia tuduh melakukan ugutan jenayah dengan niat untuk mendatangkan cedera parah terhadap anggota polis bantuan, Lans Korporal Ridzuan Megat Ahmad, dalam kawasan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri pada 9 Julai, 2012.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 506, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Muhdalena juga dituduh memiliki senjata (pedang) di tempat dan pada masa yang sama mengikut Seksyen 7(1) Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan mengikut Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan, Muhdalena didakwa tidak mematuhi arahan Ridzuan supaya meletakkan pedang dan gagal mematuhi arahan menteri iaitu perlu mendapatkan pas atau permit sebelum memasuki premis itu.

Muhdalena bebas dengan jaminan RM11,500 dengan seorang penjamin sementara menunggu perbicaraan.

Hakim Mohamed Kamil Nizam menetapkan 29 Julai untuk menyambung perbicaraan itu.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan