3 Julai Keputusan Permohonan Umno Batalkan Pernyataan Pembelaan Tian Chua

Diterbitkan: Rabu, 12 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan pada 3 Julai sama ada membenarkan permohonan Umno untuk membatalkan pernyataan pembelaan naib presiden PKR Chua Tian Chang dan dua yang lain dalam saman berhubung artikel berkaitan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah.

Hakim Rosilah Yop menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas mendengar hujahan berhubung permohonan itu oleh peguam yang mewakili Umno Datuk Mohd Hafarizam Harun dan William Leong yang mewakili para defendan.

Mohd Hafarizam memberitahu pemberita, pada tarikh yang sama mahkamah juga akan menyampaikan keputusan penting iaitu sama ada Umno sebagai sebuah parti politik mempunyai hak atau locus standi untuk memfailkan saman fitnah terhadap para defendan.

Katanya, beliau berhujah kepada mahkamah bahawa Umno boleh menyaman para defendan kerana parti itu telah mematuhi Seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1966 untuk memulakan tindakan undang-undang menggunakan pegawai awam parti itu.

Mohd Hafarizam berkata, para defendan berhujah bahawa Umno tidak mempunyai hak di sisi undang-undang untuk memfailkan saman terhadap mereka.

Pada 15 Mac lepas, Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh memfailkan saman fitnah terhadap Chua Tian Chang atau Tian Chua, editor KeadilanDaily.com Fazallah Pit dan penulis artikel Aisha Geoffrey.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Ab Rauf mendakwa Tian Chua mengeluarkan kata-kata fitnah di dalam artikel "Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang Umno" ("Lahad Datu Shooting A Planned Conspiracy By Umno Government") yang telah dilaporkan dan diterbitkan oleh KeadilanDaily pada 1 Mac lepas ketika ditemu ramah oleh wartawan portal itu.

Beliau menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan, permohonan maaf secara bertulis oleh defendan untuk diterbitkan dalam semua akhbar, faedah, kos dan lain- ain perintah selanjutnya yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

Tian Chua dalam pernyataan pembelaannya menafikan membuat kenyataan yang memfitnah Umno berhubung pencerobohan di Lahad Datu.

Beliau mendakwa kenyataan itu adalah komen yang adil dan dibuat berdasarkan perlindungan bersyarat sebagai anggota Parlimen dan demi kepentingan awam. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Kolumnis

iklan

Iklan