Pensyarah Sambilan Didakwa Cabul Kehormatan Remaja Lelaki

Diterbitkan: Selasa, 11 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pensyarah sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, Selasa atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang remaja dua minggu lalu.

Vasuthreva Menon, 42, didakwa melakukan kesalahan itu ke atas seorang budak lelaki berusia 15 tahun itu di tempat duduk bahagian depan sebuah kereta Gen 2 yang diletakkan di Jalan Raja Uda, Kampung Baru di sini antara 7.30 hingga 10.30 malam, 30 Mei lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Majistret Saiful Akmar Said membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Julai untuk sebutan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sarihan Abdul Shatar manakala tertuduh tidak diwakili. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan