Panggilan Bom Palsu Ganggu Prosiding Di Kompleks Mahkamah Pulau Pinang - Berita Mahkamah | mStar

Panggilan Bom Palsu Ganggu Prosiding Di Kompleks Mahkamah Pulau Pinang

Diterbitkan: Selasa, 11 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Prosiding kes di Bangunan Mahkamah Pulau Pinang di Lebuh Light di sini terganggu selama sejam dari pukul 10 pagi Selasa berikutan panggilan bom palsu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC Mazlan Kesah berkata sejurus menerima aduan panggilan bom itu, sebanyak 25 anggota Unit Pemusnah Bom dan Unit Anjing Pengesan (K9) dari Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang (IPK) bergegas ke tempat kejadian untuk pemeriksaan.

Beliau berkata seramai 200 petugas mahkamah dan orang awam diarah mengosongkan bangunan mahkamah itu.

"Setelah membuat pemeriksaan dari setiap aras kompleks mahkamah selama sejam kita dapati panggilan itu adalah palsu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata panggilan palsu yang diterima di IPK itu dipercayai dilakukan oleh seorang lelaki Arab berdasarkan cara pertuturannya.- BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan