Ding Failkan Petisyen Batal Keputusan Kerusi Parlimen Sarikei

Diterbitkan: Selasa, 11 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi parlimen Sarikei pada pilihan raya umum 5 Mei lepas Ding Kuong Hiing pada Selasa memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi di sini untuk membatalkan keputusan bagi kerusi itu.

Pada pilihan raya itu, beliau kalah kepada calon DAP Wong Ling Biu yang mendapat 505 undi majoriti.

Ding, daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), mendapat 13,758 undi, manakala Wong, 14,263 undi.

Kira-kira 28,330 atau 77.7 peratus daripada sejumlah 36,550 pemilih di kawasan itu keluar mengundi.

Dalam petisyennya, Ding menamakan pegawai pengurus pilihan raya David Liau, Suruhanjaya Pilihan Raya dan Wong masing-masing sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan