Kes Bekas Tahanan ISA, Yazid Sufaat Dan Pekerjanya Dipindahkan Ke Mahkamah Tinggi

Diterbitkan: Jumaat, 7 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Ampang pada Jumaat memerintahkan kes bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Yazid Sufaat dan seorang pekerjanya yang didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas Tanzim Al-Qaeda Malaysia dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farizul Hassan Bakri bagi memindah kes itu, bagaimanapun tiada tarikh ditetapkan.

Sementara itu peguam Wan Hidayati Nadirah Wan Ahmad Nasir yang mewakili kedua-dua tertuduh memaklumkan kepada mahkamah beliau menangguhkan hak anak guamnya untuk mencabar penahanan dan pertuduhan itu di mahkamah tinggi.

Pada 27 Mei lepas, Yazid, pengusaha kafeteria di Kompleks Mahkamah Jalan Duta dan pembantunya Muhammad Hilmi Hasim didakwa di mahkamah atas pertuduhan menjadi anggota kumpulan pengganas Tanzim Al-Qaeda Malaysia.

Yazid, 49, dan Muhammad Hilmi, 33, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah beralamat DL 11, Taman Bukit Ampang, Lorong Mutiara 2, Lembah Jaya antara 1 Ogos 2012 dan 7 Februari lepas mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini Yazid didakwa terhadap pertuduhan menggalakkan keganasan bagi mengugut orang awam di Syria manakala Muhammad Hilmi dan seorang lagi suri rumah Halimah Hussein didakwa bersubahat dengannya melakukan kesalahan itu.

Bagaimanapun pada 20 Mei lepas, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan ketiga-tiga mereka daripada pertuduhan itu selepas membenarkan permohonan mereka bagi membatalkan pertuduhan itu.

Dalam membuat keputusan penting itu, Hakim Kamardin Hashim bersetuju dengan hujahan peguam berhubung isu pertuduhan dan pemakaian Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang digubal mengikut Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan dan memutuskan Perkara 149 itu hanya terpakai bagi tindakan ancaman di Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan