Tiga Polis Didakwa Atas Tuduhan Bunuh Tahanan Dharmendran

Diterbitkan: Rabu, 5 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga anggota polis didakwa di Mahkmah Majistret di sini Rabu kerana menyebabkan kematian tahanan N. Dharmendran.

Tertuduh – Jaffri Jaafar, 44, Mohd Nahar Abd Rahman, 45, dan Mohd Haswadi Zamri Sharri, 32 – memahami akan pertuduhan yang dibacakan walaupun tiada rayuan direkodkan.

Peguam-peguam yang mewakili masing-masing ialah Datuk Hazman Ahmad, Datuk Baljit Singh Sindhu dan Geethan Ram Vincent.

Di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi membunuh, akan berhadapan dengan hukuman gantung sekiranya disabitkan kesalahan.

Kamar mahkamah dipenuhi oleh ahli keluarga si mati dan para pemberita.

Peguam N. Surendran dan Latheefa Koya hadir sebagai pemerhati bagi mewakili keluarga si mati.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah turut hadir pada prosiding berkenaan.

Timbul kekeliruan apabila lokasi kamar mahkamah berubah dua kali, menyebabkan kesesakan di galeri awam bagi laluan antara dua kamar mahkamah berbeza.

Isteri Dharmendran, Marry Maria Susay memberitahu para pemberita bahawa dia berpuas hati dengan pendakwaan yang dikenakan terhadap suspek.

“Kenapa mereka mahu melindungi perkara ini, dengan mengatakan dia (Dharmendran) mengalami sesak nafas, mengatakan dia mengalami serangan jantung.

“Sekarang laporan mengenai punca kematian sudah keluar, baru sekarang mereka mahu mengambil tindakan,” katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan