Jenice Saman DAP Mohon Deklarasi Keanggotaannya Dikembalikan

Diterbitkan: Rabu, 5 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee Ying Ha menfailkan saman terhadap DAP berhubung pelucutan keanggotaannya dalam parti itu.

Lee, 33, menfailkan writ saman melalui Tetuan Harjit Sandhu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini dan menamakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai defendan.

Penyataan tuntutan Lee memohon deklarasi agar keanggotaannya dalam parti itu sejak 2001 dikembalikan serta-merta selain kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Lee mendakwa pelucutan keanggotaannya, yang hanya diketahui melalui media pada 20 April lepas, adalah tidak sah kerana siasatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mendapati pemilihan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada Disember tahun lepas tidak mengikut Perlembagaan parti itu.

Pada pilihan raya umum ke-13, Lee yang juga bekas setiausaha publisiti DAP Selangor bertanding sebagai calon bebas di DUN Teratai namun tewas. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan