Chegubard Didakwa Di Mahkamah Gagal Maklumkan Kepada Polis Berhubung Program Perhimpunan

Diterbitkan: Rabu, 5 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rembau Badrul Hisham Shaharin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu terhadap pertuduhan gagal memaklumkan kepada polis berhubung penganjuran satu program perhimpunan 'Penghargaan Kepada Pengundi Negeri Selangor', bulan lepas.

Badrul Hisham, 35, yang juga dikenali sebagai 'Chegubard' sebagai penganjur program itu didakwa gagal memberitahu ketua polis daerah Petaling Jaya mengenai program itu dalam tempoh masa ditetapkan iaitu 10 hari sebelum tarikh program diadakan.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Padang Timur, Dataran Petaling Jaya, Jalan Timur, Petaling Jaya dekat sini antara pukul 5 petang hingga 12 tengah malam, 23 Mei lepas.

Badrul Hisham yang merupakan orang kena saman (OKS) dalam kes itu didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000 jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin menawarkan Badrul Hisham dikenakan ikat jamin dengan seorang penjamin mengikut Seksyen 387 Kanun Prosedur Jenayah.

Badrul Hisham yang tidak diwakili peguam itu memohon jaminan pada kadar munasabah atas alasan beliau memberi kerjasama yang baik sepanjang siasatan kes itu.

"Ketika saman diserahkan kepada saya, saya sendiri yang menghubungi pegawai polis berkenaan dan tidak ada alasan untuk saya hilang atau tidak hadirkan diri di mahkamah," katanya.

Hakim Yasmin Abdul Razak tidak mengenakan sebarang jaminan kerana Badrul Hisham merupakan OKS dalam kes itu.

"Saya tidak meletakkan sebarang jaminan, tetapi kamu kena datang ke mahkamah pada setiap kali prosiding kes ini," katanya. Mahkamah menetapkan 9 Julai depan untuk sebutan kes bagi Badrul Hisham melantik peguam. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan