Dua Lelaki Didakwa Bunuh Rakan

Diterbitkan: Selasa, 4 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Selayang di sini Selasa, atas tuduhan membunuh rakannya bulan lepas.

V. Rajan, 30, dan S. Sasthiaseelan, 20, didakwa membunuh M. Kanapathy, 20, di Km 14.5, Jalan Ulu Yam, Batu Caves, Gombak di sini pada 12.13 tengah malam, 5 Mei lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Rajan yang bekerja sebagai operator mesin dan Sasthiaseelan merupakan pekerja kontrak.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Majistret Namirah Hanum Mohamed Albaki menetapkan 9 Julai untuk sebutan, sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Nadia Basri manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan