Ahli Perniagaan Bergelar 'Datuk' Didakwa Guna Dokumen Palsu - Berita Mahkamah | mStar

Ahli Perniagaan Bergelar 'Datuk' Didakwa Guna Dokumen Palsu

Diterbitkan: Isnin, 3 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini Isnin terhadap pertuduhan menggunakan dokumen palsu dan pemindahan harta bernilai RM15 juta.

Datuk S. Charan Dass, 59, didakwa menggunakan satu surat Jabatan Peguam Negara bertarikh 7 Jan 2009 sebagai tulen, sedangkan ia adalah palsu.

Dia juga didakwa menjadi pihak kepada surat cara (borang 14A) untuk memindah hak milik hartanah Lot 152 Seksyen 58, Bandar Kuala Lumpur, yang mengandungi pernyataan palsu.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, Rumah Persekutuan, Jalan Sultan Hishamuddin di sini, masing-masing pada 16 Januari 2009 dan 2 Julai 2007.

Bagi kesalahan pertama, Charan Dass didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 466 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Bagi kesalahan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 423 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Murtazadi Amran membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 26 Jun untuk sebutan semula kes.

Beliau membenarkan permohonan Charan Dass untuk tidak menyerahkan pasport miliknya kepada mahkamah bagi memudahkan urusan perniagaan di luar negara.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaan Raya Syed Faisal Syed Amir dan Noor Zalizan Lazarous manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan