Keputusan Inkues William 20 Jun

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mahkamah Koroner di sini pada Jumaat menetapkan 20 Jun untuk keputusan inkues bagi menyiasat punca kematian William Yau Zhen Zhong, kanak-kanak berusia enam tahun yang mayatnya ditemui terapung di jeti Kampung Sungai Sireh pada 24 Januari lepas.

Koroner Mohd Hezri Shaharil menetapkan tarikh itu selepas selesai mendengar prosiding inkues berkenaan yang bermula pada 11 Mac lepas dengan memanggil 21 saksi.

Terdahulu, Pegawai Penyiasat Kanan ASP Mohamad Zainal Abdullah memberitahu mahkamah agak sukar untuk mengaitkan keluarga William terbabit dalam kejadian yang menyebabkan kematian kanak-kanak itu kerana tiada bukti kukuh.

Mohamad Zainal, 35, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya berkata hasil itu diperoleh berdasarkan siasatan yang dibuat terhadap anggota keluarga mangsa termasuk ibu Goh Ying Ying, 26, ayah Yau Kok Kang, 33, nenek Chee Chong Moi, 56, dan abang mangsa Eric Yau Zhen Ming, 7.

"Kita juga menggunakan khidmat pakar psikologi untuk melihat sejauh mana kebenaran percakapan saksi...memang agak susah untuk kita tuduh mereka kerana tiada bukti kukuh," kata saksi terakhir itu menjawab soalan Mohd Hezri.

Mayat William ditemui 24 Januari lepas di Jeti Kampung Sungai Sireh selepas dilaporkan hilang pada 16 Januari di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya setelah dipercayai keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik.

Sementara itu mengenai panggilan telefon palsu yang diterima Goh, Mohamad Zainal berkata suspek telah didakwa dan didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di Shah Alam mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Mohamad Zainal berkata melalui pengalamannya selama 10 tahun menjadi pegawai polis, panggilan telefon itu dilakukan suspek hanya untuk mengambil kesempatan terhadap keluarga mangsa.

"Ini kerana berdasarkan laporan patologi, saya percaya mangsa sudah mati pada hari kejadian...mayat sudah reput, lebih dari tujuh hari. Kalau mangsa sudah mati, suspek tidak akan menelefon keluarga mangsa," katanya.

Prosiding inkues dibantu Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt dan peguam Goh Kim Lian. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan